MALIM NAWAR: Ahli koperasi dan komuniti setempat diminta melakukan jihad untuk membantu memajukan koperasi masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, berdasarkan statistik semasa majoriti koperasi di Perak berada dalam kategori mikro, yang mempunyai jualan tahunan kurang RM200,00.

fa44b6a2-742b-43e1-949a-e5fdeed67984Menurut beliau, setakat ini terdapat kira-kira 1,300 koperasi di Perak dengan bilangan keahlian melebihi 232,000.

“Malangnya, lebih dua pertiga koperasi itu dalam kategori mikro dan kita mesti bersedia untuk berjihad membantu meningkatkannya,” katanya ketika berucap merasmikan Koperasi Kariah Masjid Al Mutaqqin Malim Nawar Berhad di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengerusi koperasi berkenaan, Datuk Zainal Abidin Omar yang juga bekas Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Perak.

Samsudin berkata, koperasi juga mesti berani mempelbagaikan perniagaan, tidak hanya bergantung kepada perniagaan tradisional.

51b644e1-467c-4959-87a7-956f29d798b7Beliau memberi contoh beberapa buah koperasi yang telah berjaya kerana menceburi bidang-bidang perniagaan baru seperti perumahan dan agensi pelancongan.

“Koperasi mesti berani untuk meningkat, kalau masih dalam kategori mikro, macam mana ia mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi ahli-ahli,” ujar beliau.

 

0dc8b6ec-8ede-4f3e-8a4b-040ba76df0a8