BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan kepada orang ramai yang didapati sengaja berhenti untuk melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di kawasan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai, terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian berkenaan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang termasuklah membahayakan pengguna jalan raya yang lain kita akan mengambil tindakan – berita harian