IPOH – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng akan ditamatkan pengoperasian pada Jumaat ini.

Unit Komunikasi Korporat JPN dalam satu kenyataan berkata berikutan itu, perkhidmatan kaunter hanya akan beroperasi sehingga Khamis ini.

Katanya, sebarang urusan berkaitan pendaftaran kad pengenalan, kelahiran dan kematian boleh dilakukan di Ibu Negeri JPN Perak atau JPN Daerah Kampar atau di mana-mana pejabat JPN berhampiran.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Negeri JPN Perak di talian 05-5288805 / 806 / 807 atau e-mel ke pppperak@jpn.gov.my untuk sebarang pertanyaan.- Bernama