ALOR SETAR: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) merampas 147 tual balak bernilai kira-kira RM200,000 di kompartmen 36, di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda dalam satu operasi Isnin lalu.

Pengarah JPNK, Datuk Mohd Nasir Abu Hasan, berkata turut dirampas lima jentera yang digunakan untuk kegiatan haram yang dipercayai aktif sejak minggu lalu.

“Kegiatan itu disyaki dilakukan oleh pelesen yang menebang dan mengambil balak di luar kawasan lesen yang dibenarkan.

“Antara balak yang dirampas adalah merbau, meranti dan keruing yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dianggarkan RM200,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan syarikat terbabit menghentikan operasi untuk melakukan siasatan lanjut.

Katanya kes itu disiasat mengikut Sekyen 15 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985) – berita harian