SIMPANG PULAI: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta membuat kajian jangka panjang bagi meminimakan masalah yang dihadapi penduduk antaranya kerugian akibat kerosakan harta benda dan kekerapan berpindah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga  dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, kajian jangka panjang itu perlu dijalankan dari sudut aliran air terutama di kawasan-kawasan tradisi yang kerap berlaku banjir.

Katanya, beliau menerima banyak aduan setiap kali melawat mangsa banjir dan isu yang sering dibangkitkan ialah mereka terpaksa berpindah setiap kali berlaku banjir dan mengalami kerugian akibat kerosakan harta.

Beliau memberii contoh, 10 keluarga pesawah di Labu Kubong, Sungai Manik terpaksa berpindah setiap tahun akibat banjir dan tepaksa menanggung kerugian kerana  kerosakan harta benda.

“Kajian dari sudut aliran air di kawasan Sungai Manik ini perlu dijalankan kerana ia melibatkan kawasan sawah padi dan pijak JPS pula sedang terlibat dalam penarafan saliran daripada parit kepada longkang.

“JPS juga perlu melihat secara keseluruhan mengenai perubahan ini kerana ia memberi kesan kepada penduduk kampung yang terbabit,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Struktur Pelindung (Rock Shed) kerja-kerja pembinaan semula cerun di Laluan FT185, Seksdyen 46.0, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley dekat sini pada Selasa.

Zainol menambah, ketika ini kerja-kerja jangka masa pendek dijalankan pihak JPS seperti mengorek dan melebarkan sungai, selain menambak dan meninggikan tanah di kawasan ban bagi menghalang kemasukkan air semasa banjir.