IPOH- Cawangan Pengangkutan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak akan mengadakan lelongan aset alih Kerajaan sebanyak 221 buah kenderaan pelbagai jenis.

Jualan lelongan itu akan berlangsung pada 29 April (Isnin) pada jam 9 pagi hingga selesai bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, Ipoh.

Senarai aset yang akan dilelong boleh didapati di Cawangan Pengangkutan IPK Perak dan syarat-syarat serta peraturan kepada pembida yang berminat mengikut lampiran yang disediakan.

Bagi keterangan lanjut sila hubungi ASP Saupi Mohd Nor di talian 012-5163900, Insp Mohd Yusdi Bahari, 012-4709542, SI Suhaimi Mohd Yusoff, 013-9615624 dan KPL Azreal Abd Aziz, 013-5002013.