IPOH: Jumlah mangsa banjir seluruh Perak menurun kepada 270 orang daripada 72 keluarga sehingga jam 9 malam Rabu.

Bagaimanapun, mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai di Daerah Manjung kekal 208 orang daripada 58 keluarga.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, bagi daerah Larut, Matang dan Selama, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Padang Serai Dalam.
Daerah Kinta pula dengan 42 mangsa daripada tujuh keluarga berada di PPS Dewan Komuniti Taman Bersatu.
Manakala di daerah Perak Tengah terdapat tujuh mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kg. Belanja Kanan.