IPOH: Jumlah mangsa banjir di seluruh Perak tidak banyak bezanya daripada beberapa hari lalu.

Sehingga jam 8 malam Ahad, jumlahnya berkurangan kepada 215 orang daripada 61 keluarga berbanding 221 orang semalam.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai di Daerah Manjung berkurangan kepada 202 orang daripada 57 keluarga.

Manakala bagi daerah Larut, Matang dan Selama, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Padang Serai Dalam.