IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak setakat 12 tengah hari Selasa menurun sedikit kepada 387 orang yang masih berada di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 407 orang semalam.

 

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, seramai 166 mangsa adalah di daerah Hilir Perak dengan 69 mangsa daripada 14 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dan 97 mangsa daripada 18 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Kerawai.

 

Bagi daerah Manjung pula seramai 208 mangsa banjir daripada 58 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

 

Sementara itu bagi daerah Larut, Matang dan Selama, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di  PPS Surau Kampung Padang Serai.