KOTA BHARU: Dua mayat lelaki ditemui di dalam sebuah kereta di Kampung Panchor, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, mayat lelaki masing-masing berusia 18 tahun itu ditemui orang awam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff berkata, sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat itu, anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan namun terdapat lendir pada hidung mangsa.

“Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya.