AYER TAWAR: Sebuah keluarga terkejut apabila menemui seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter berlingkar di dalam bilik air rumah mereka di Jalan Payung Nibong, Air Tawar.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat memberitahu, pihaknya telah menerima panggilan daripada tuan rumah mengenai kejadian itu pada jam 8.28 pagi Isnin.

“Setibanya jentera di lokasi kejadiaan didapati seekor ular sawa sedang berlingkar di dalam bilik air dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Anggota telah bertindak mengguakan penjerut dan memasukkan ular sawa tersebut ke dalam peti,” katanya.

Beliau memberitahu, ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.