PUTRAJAYA: Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Justo dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana kira-kira jam 2 petang selepas pertemuan itu.

Semalam, Justo turut mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Dr Mahathir di kediaman peribadi Perdana Menteri itu di The Mines, Seri Kembangan.

Justo, 49, dipenjara tiga tahun di Bangkok selepas ditahan di rumahnya di pulau peranginan Koh Samui, selatan Thailand pada 22 Jun 2015 setelah pegawai PetroSaudi membuat aduan dia cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen dicuri daripada syarikat itu.

Pada Disember 2016, Justo, antara 150,000 banduan Thailand dan warga asing, diberikan pengampunan oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn – berita harian