PANTAI REMIS: Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Kampung Padang Serai, di sini, Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mereka.

Sumbangan disampaikan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad ketika melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan pada Rabu malam.

Pusat pemindahan itu menempatkan 203 mangsa daripada 57 buah keluarga.

 

KADIR banjir

Mereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, perempuan dewasa (69), kanak-kanak lelaki (39) dan kanak-kanak perempuan (34).

Azhar di dalam ucapannya menasihatkan mereka supaya bersabar dengan ujian yang sedang dilalui.

“Saya harap tuan-tuan dan puan-puan bersabar kerana kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa tuan-tuan dan puan-puan,” kata beliau.

Beliau yakin kerajaan negeri sedang berikhtiar untuk mengatasi masalah banjir di kampung mereka untuk jangka masa panjang.