IPOH: Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) menyerahkan bantuan `back to school’ kepada 500 pelajar Orang Asli di seluruh negeri berjumlah RM100,000, baru-baru ini.

Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berkata, setiap pelajar menerima baucer bernilai RM200 yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

bee04227-a364-408f-a200-9208e3cc4cf1Menurut beliau, oleh kerana bantuan adalah wang zakat, KADIR memastikan penerima terdiri daripada lapan golongan asnaf melalui penggerak masyarakatnya dan tok-tok batin.

“Melalui penggerak masyakat kita dan tok-tok batin, kita pastikan mereka benar-benar dari kumpulan asnaf,” katanya kepada Suara Perak di sini, pada Rabu.

4faa68d2-9816-404d-9501-30d7416f1363Azhar berharap, bantuan itu dapat meringankan beban kewangan ibu bapa penerima, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Alhamdulillah, nampaknya mereka sangat bersyukur dan kita berharap lebih banyak pihak, termasuk swasta, tampil untuk membantu mereka dan golongan kurang bernasib baik yang lain,” ujarnya.

Penyampaian bantuan dibahagikan kepada enam zon iaitu di Kg Orang Asli Kelatap Pos Perwor, Lasah; Masjid Al- Mukmin, Batu 3 Jalan Pahang, Tapah; Pejabat Agama Islam Daerah Muallim, Slim River; Kg Orang Asli Kerawat, Simpang Pulai; Kg Orang Asli Chadak, Ulu Kinta dan Kg Orang Asli Sungai Raba, RPS Banun, Gerik.

543c661f-7901-4a04-8f0e-91503452d4c6

47620b94-9ddc-410e-973f-4aab473d93c9