JUGRA – Majlis Belia Selangor (MBS) memohon kerajaan mengecualikan atau menangguhkan bayaran cukai ke atas usahawan dalam talian (online).

peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor.

Presiden MBS, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau mendengar sendiri keluhan anak muda yang bimbang perniagaan online bakal dikenakan cukai.

“Saranan mengecualikan cukai tersebut adalah disebabkan untuk beri peluang kepada belia meningkatkan pendapatan dan memberi sokongan kepada belia untuk terus berjaya dalam keusahawanan.

“Perkara ini akan dibawa dalam parlimen sekali gus membawa suara anak muda di kampung-kampung dalam berdepan dengan pelbagai masalah berniaga menerusi laman sosial sekiranya dikenakan cukai,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor, semalam.

Hadir merasmikan majlis, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu, Noh turut senada menyokong saranan MBS dalam mengecuali atau menangguhkan isu cukai dalam aktiviti perniagaan online.

“Kerajaan perlu mengkaji dulu barulah disebarkan kepada umum sebab bimbang isu ini boleh diputarbelitkan oleh pelbagai pihak.

“Isu cukai yang hendak dikenakan itu perlu diputuskan dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu supaya tiada fakta yang mengelirukan tersebar.

“Kita faham isu cukai ini sangat sensitif, jadi kita perlu keluar satu keputusan yang terbaik bagi elak salah tafsir,” katanya.