KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semakan semula prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Anwar berkata beliau akan membangkitkan isu itu kepada Menteri Dalam Negeri secara khusus merujuk kepada cara tahanan SOSMA dilayan dalam tahanan.

“Pengasingan tahanan, tidak memberikan akses yang mencukupi kepada keluarga, peguam dan sebagainya.

“Saya fikir tindakan segera perlu diambil, sementara pihak berkuasa, polis mengkaji semula kes-kes ini secara berasingan,” katanya ketika pelancaran buku Anwar Returns, The Final Twist, The Prosecution and Release of Anwar Ibrahim di Hotel Hilton, hari ini.

Anwar berkata beliau tidak mempunyai akses kepada setiap kes tetapi percaya kes-kes itu perlu disemak semula.

“Misalnya, saya tidak fikir seseorang harus ditahan di bawah SOSMA kerana dia memakai baju ISIS,” katanya.

Ditanya sama ada undang-undang itu harus dimansuhkan, beliau berkata mesti ada undang-undang yang melawan pengganas atau pelaku tindakan pengganas.

“Apa yang saya persoalkan adalah perkara yang tidak jelas, pelbagai kelonggaran undang-undang yang boleh membenarkan pihak berkuasa membuat keputusan timbal balik (kepada pihak berkuasa).

“Sebagai contoh jika anda dibebaskan, menunggu rayuan, anda masih akan dipenjarakan. Ini saya rasa mungkin bukan undang-undang yang sah untuk negara yang bebas, demokratik,” katanya.

Anwar juga berkata, SOSMA lebih buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, ditanya sama ada akan bertindak terhadap hakim-hakim yang mendengar kes itu, Anwar berkata beliau tidak berminat mengambil tindakan mengenainya.

Bagaimanapun, berikutan tindakan undang-undang yang dimulakan terhadap pendakwa Tan Sri Shafee Abdullah, kerana didakwa menerima RM9.5 juta yang menjejaskan kes itu, Anwar berharap yang salah akan diperbetulkan.

“Kami sudah membuat rayuan terhadap kes Shafee Abdullah yang menerima RM9.5 juta dan kami berharap mahkamah tidak cuai dan mencabuli kes ini,” katanya.

Peguam bebas meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar RM9.5 juta bagi pendakwaan Liwat 2 oleh Shafee – berita harian