BAGAN SERAI – Seorang warga emas maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat putus kaki kiri dalam nahas membabitkan motosikal dan kereta di Kilometer 6, Jalan Kuala Gula, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa Abdul Hamid Amran, 64, dari Teluk Seribu Satu, dikatakan cuba melintas jalan sebelum motosikal ditungganginya terlibat nahas sebuah kereta.

Mangsa dikatakan baru sahaja selesai membersih kebun kelapa sawit dan beredar untuk pulang ke rumah.

Saksi kejadian memaklumkan, mangsa sempat bersembang dengannya sebelum nahas berkenaan berlaku.

“Selesai kami sembang, dia naik motosikal sambil galas mesin pemotong rumput dan keluar dari simpang jalan berhampiran pondok pengawal ini.

“Tak lama kemudian saya dengar bunyi dentuman kuat dan alangkah terkejutnya saya melihat mangsa terbaring atas jalan.

-Sinarharian