KUALA LUMPUR : Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piau diibaratkan sebagai gegaran atau letupan kepada kerajaan.

Tan Sri Rais Yatim memberi amaran, jika kerajaan masih tidak mempedulikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya lalu, PH perlu bersedia menjadi kerajaan tempang dan tumbang pada pilihan raya akan datang.

“Jika terus tak peduli janji-janji PR14, kalau terus bermenteri tigasuku dan butatuli jeritan rakyat, bersedialah untuk berkerajaan tempang dan tumbang di pilihan raya akan datang,” kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan.

Tegasnya, rakyat sudah muak. – MalaysiaGazette