SELAMA – Sejumlah 50 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak di Larut umum keluar parti kerana enggan bekerjasama dengan parti DAP dan  pemimpinnya yang terkenal tidak boleh dipercayai.
Kesemua ahli PPBM itu juga turut menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu dibuat kerana pihaknya tidak sanggup untuk terus bersekongkol dengan parti DAP serta tidak mempercayai Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu.
“Kami tidak lagi mempercayai kepimpinan beliau di mana pelantikan tersebut adalah dibuat dengan pengaruh DAP.
0d5153ea-164a-4966-8bce-a510fde1bd13
“Kami tidak mahu bersama parti yang sokong DAP di mana jika Pakatan Harapan memerintah maka Menteri Besar adalah daripada DAP.
“Kita juga tidak yakin lagi PPBM perjuangkan hak rakyat khususnya masyarakat melayu dan PPBM juga hanya perjuangkan kepentingan individu-individu tertentu,” katanya pada satu sidang media khas di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, lebih ramai lagi ahli PPBM di Larut akan turut keluar parti serta menyertai UMNO semula tidak lama lagi.
Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO akan bersifat terbuka untuk menerima semula bekas ahlinya yang dipesongkan oleh Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.
“Setelah mereka bandingkan kedua-dua parti baru mereka sedar perjuangan UMNO adalah yang sebenar dapat membantu rakyat serta membangunkan negara.
“Mereka telah terpesong dengan janji-janji Mahathir, mereka baru sedar beliau pandai bercakap tapi tak pandai mengotakan apa yang dia cakap.
“Jadi untuk ahli PPBM saya nasihatkan pulang lah kepada perjuangan asal, kita perlu bersatu..perjuangan itu lebihmustahak daripada mana-mana individu,” ujarnya.
Sejak Mei tahun lalu, ribuan ahli PPBM Perak telah keluar parti dengan alasan sama iaitu muak dengan pergolakan dalaman parti serta tidak mempercayai  kepimpinan di peringkat negeri.
Antara bahagian terlibat ialah Gopeng, Kuala Kangsar, Parit, Batu Gajah dan terbaharu Larut