IPOH – Pemuda Pas Perak mengakui terkesan dengan pemergian bekas Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan, pagi tadi.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, Allahyarham merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Perak selama empat penggal sejak tahun 2008.
Beliau berkata, pemergian Mohd Zawawi satu kehilangan besar buat Pemuda Pas.
“Beliau telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin muda di dalam Pas termasuklah saya, Hafez Sabri dan ramai lagi.

“Kehilangan beliau tiada galang ganti. Jasanya tidak akan dilupakan dan akan terus dikenang Pemuda Pas Perak,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Allahyarham – sinar harian