PENDUDUK Kampung Gawang, Simunjan gempar apabila dua kali `dikunjungi’ sejak bulan lalu.

Penduduk mendakwa, buaya berkenaan dikesan kali pertama pada 4 Jun lalu dan petang semalam, reptilia itu sekali lagi kelihatan, sekaligus mencetuskan kebimbangan.

Sumber berkata, kehadiran buaya itu yang bersembunyi di kawasan semak disedari seorang petani yang mahu dikenali sebagai Metting ketika dia dalam perjalanan balik dari kebunnya, petang semalam.

“Petani terbabit tertarik selepas terdengar bunyi desiran daun di kawasan semak berhampiran dan dia segera memeriksa sekitar kawasan itu.

“Semasa memeriksa, dia terkejut dan terus berlari balik ke rumah selepas mendapati seekor buaya di kawasan berkenaan,” katanya.

Petani berkenaan kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada menantu lelakinya sebelum cerita mengenai reptilia itu segera tersebar ke seluruh kampung.

“Metting bersama menantu lelakinya dan penduduk Kampung Gawang yang lain kemudiannya kembali ke lokasi berkenaan untuk menyaksikan sendiri buaya terbabit dengan lebih dekat.

“Hasil penelitian kami mendapati buaya itu dianggarkan sepanjang tiga setengah meter dengan berat dianggarkan 100 kilogram,” katanya.

Bagaimanapun, penduduk tidak menangkap atau mencederakan reptilia itu sebaliknya menghalaunya supaya kembali ke sungai – hmetro