:Nazialita Geynna Maharan

GERIK: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan tragis di Kilometer 53.8 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pada tengahari Isnin.

Dalam kejadian sekitar 12.50 tengahari itu, mangsa, Muhammad Ammar Jamsari,11, yang berasal dari Ketereh,Kelantan dipercayai meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar 2 petang dan segera ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian kami mendapati kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik. Kami juga mendapati bahawa kenderaan Honda milik mangsa sedang dalam perjalanan ke Gerik dari arah Jeli dan kenderaan berhadapan dari arah bertentangan.

Apabila tiba di tempat kejadian,  di laluan selekoh, dipercayai kenderaan mangsa telah hilang kawalan dan terbabas, berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan jenis Honda itu kemudianya bertembung secara berhadapan dengan kenderaan lain dan menyebabkan mangsa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital,”katanya kepada pemberita.

.Katanya, tiga lagi penumpang termasuk pemandu Honda berkenaan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian

badan dan dirujuk untuk rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami  kecederaan.