IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dihantar ke rumah pengasuhnya dipercayai telah dirogol remaja lelaki berusia 16 tahun di sini, sekitar awal November.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut merupakan cucu kepada pengasuh dan insiden itu hanya diketahui oleh ibu mangsa pada awal bulan November ini.

Menurut sumber, anak perempuannya itu telah pulang ke rumah ibunya dan memberitahu bahawa dia berasa sakit di bahagian kemaluannya.

‎Ibu itu telah membawa anaknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan telah dinasihatkan membuat laporan polis.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak masih bayi dan berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan ketika insiden itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

” Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan” katanya ketika dihubungi.