KUALA KANGSAR: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan kesakitan apabila kakinya tersangkut di rim motosikal sebelum terjatuh di jalan raya di Kampung Kledang,Sayong, di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dipercayai sedang dalam perjalanan balik dari sekolah sebelum terlibat dengan insiden berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan II Zainal Ahmad Taken berkata pihaknya menerima panggila sekitar 2.04 petang.

“Setibanya di lokasi,kami mendapati kaki mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mangsa mengalami kecederaan.

“Anggota BBP telah bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa ke hospital dengan menggunakan jentera ambulans,”ujarnya.