BATU GAJAH – Dua orang adik beradik perempuan masing-masing berusia tiga dan satu tahun terperangkap dalam sebuah kereta berhadapan Kedai Fon Bon, di sini, petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2, Mahmud Ibrahim berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.50 petang dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati ayah kanak-kanak perempuan itu membawa kunci pendua dan telah berjaya menyelamatkan mereka,” ujar beliau.

Tiada tindakan daripada pihak bomba dan kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada ibunya, tambah beliau.