IPOH – Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Perak yang kini berlangsung di Pusat Konvensyen Amanjaya berjaya menyampaikan maklumat diperlukan bakal penuntut.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Amin Zakaria berkata, antara maklumat diperolehi pengunjung adalah mengenai kursus pengajian, tempat pengajian dan pembiayaan pengajian yang ditawarkan.

Justeru menurutnya, karnival kerjasama KPTN dan Politeknik Ungku Omar (PUO) itu dilihat banyak memberikan kemudahan kepada pengunjung melibatkan golongan ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengajian tingg – sinar