BAGAN DATUK: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Interpol dan Aseanapol untuk menyekat pengaruh kumpulan Daish daripada berkembang di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Deri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia juga telah menandatangi perjanjian tiga hala dengan Filipina dan Indonesia untuk menyekat kemasukan kumpulan itu yang dikatakan semakin hilang pengaruh di Syiria.

“Kita bekerjasama dengan Interpol dan juga Aseanapol dan kita telah menandatangani perjanjian tripatate dengannpihak Filipina dan Indonesia untuk menyekat pengaruh mereka dari terus berkembang di rantau ini, khususnya apabila dikhuatiri ada influck, kemasukan mereka ke negara Malaysia dan kita mengambil langkah kesiap siaga dan lebih kepada berjaga-jaga di sekitar perairan Esszone di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Agropreneur Muda Perak 2017 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk, Perak pada Isnin.

Beliau di minta mengulas tindakan segera KDN apabila Daish dikatakan cuba mengembangkan pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara selepas pengaruh mereka di Syiria dikatakan semakin hilang.

Mengulas mengenai tindakan beberapa negara, termasuk Mesir dan Arab Saudi melabelkan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), Dr Yousuf al-Qaradawi sebagai pengganas kerana disyaki membiayai organisasi pengganas, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah istilah yang digunakan oleh negara-negara tersebut tetapi Malaysia tidak berhajat untuk menggunakannya.

Menurutnya, Malaysia pernah memberi anugerah Tokoh Maal Hijrah sebagai pengiktirafan ketika itu di atas sumbangan yang diberikannya sebagai ulamak dan tokoh intelektual Islam.