GERIK: Kebakaran hutan di Bukit Gua Tedung berhampiran Kampung Air Ganda yang mula dikesan sejak 12 Mac lalu, berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 11 pagi Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, penamatan itu dibuat selepas menerima laporan bahawa pemadaman api selesai.

Kebakaran hutan di atas bukit yang berketinggian 314 meter itu mula dikesan hanya kira-kira 16 hektar.

Bagaimanapun, keesokkannya kebakaran telah merebak kepada kira-kira 120 hektar.

Dengan kekuatan 61 orang, pasukan pemadam menggunakan jalan darat membuat ‘fire break’ dan memadam tunggul kayu yang terbakar.