KUALA KANGSAR: Polis mendapati kebakaran enam kenderaan termasuk tiga milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di pekarangan pejabat JPJ, di sini awal pagi tadi mempunyai unsur khianat.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq berkata hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan pecah masuk di tempat kejadian.

“Kita mendapati pagar di bahagian depan bangunan ini dipotong dan kita akan teruskan menyiasat perkara ini.

“Dari risikan dan tembubual bersama anggota JPJ, dimaklumkan sebelum kejadiaan memang terdapat beberapa pihak yang menyuarakan ketidak puasan hati dengan kerja-kerja penguatkuasaan yang dibuat oleh JPJ.

BERITA TERDAHULU: Lima Kenderaan Terbakar di JPJ Kuala Kangsar

“Tapi kita tidak boleh beritahu secara lebih jelas kerana perkara ini masih disiasat, cuma yang pasti kejadian ini mempunyai unsur khianat dengan api,” katanya ketika sidang media di tempat kejadian pada Selasa.

Tambah beliau, siasatan akan dijalankan secara bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri bagi mengenal pasti suspek dan juga punca kebakaran sebenar.

“Dua daripada enam kenderaan yang terbakar itu adalah kenderaan yang disita dalam operasi dilakukan oleh JPJ sebelum kejadian.

“Ketika kejadian berlaku terdapat seorang pengawal, kita telah mempunyai petunjuk daripada pengawal itu, akan kita maklumkam perkembangan seterusnya,” ujar beliau.

Dalam kejadiaan sekitar jam 2.30 pagi itu, enam buah kenderaan yang diparkir di pekarang JPJ Kuala Kangsar telah hangus terbakar.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, operasi pemadaman itu mengambil masa 15 minit dengan kekuatan seramai 16 anggota pihaknya.

“Tiga kenderaan milik JPJ itu adalah dua buah Yoyota Fortuner dan sebuah Ford Ranger, manakala tiga buah lagi kenderaan awam yang teribat ialah dua buah Volvo dan sebuah Perodua Kancil.

“Hasil pemeriksaan fizikal oleh pihak bomba juga mendapati memang terdapat kesan pecah masuk, punca kebakaran masih tidak dapat dinyatakan dan ia hanya akan diketahui tidak lama lagi,” ujarnya dalam sidang media sama.