CALIFORNIA 8 Dis. – Hampir 200,000 penduduk sudah dipindahkan susulan kebakaran besar yang melanda California ketika ini, selain pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadamkan api yang semakin merebak.

BBC melaporkan, kira-kira 5,000 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran yang memusnahkan sebanyak 150 buah bangunan di selatan California.

Jumlah penduduk yang dipindahkan semakin meningkat ekoran kebakaran terus merebak di utara San Diego. – AGENSI