Oleh:Nazialita Geynna Maharan
Simpang Pulai: Wak Kam…namanya cukup dikenali suatu ketika dulu lebih-lebih lagi di Kampung Biak, Pasir Salak di Kampung Gajah.

01daa7e1-bdc3-4cee-91b3-533807c7fe49Dia yang merupakan bidan kampung cukup dikenali kerana lebih separuh usianya diabdikan membantu wanita menyambut kelahiran setiap bayi mereka.

Wanita yang pernah berjasa kepada masyarakat setempat bagaimanapun kini terlantar uzur dengan kebanyakkan masanya terbaring atas tilam.

Lebih dikenali dengan nama Onyang Kam dikalangan orang kampung, wanita ini yang sudah menginjak usia 95 tahun masih mampu tersenyum disebalik keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

“Sebut sahaja Wak Kam, siapa yang tak kenal dia,” ungkap anak perempuannya Takyah Shah, 67.

Menurut Takyah ibunya seorang wanita hebat kerana selain menyambut kelahiran, dia juga bertanggungjawab memandikan jenazah.

“Saya sendiri kagum dengan kebolehan mak. Dia sambut kelahiran, dia juga boleh mandikan jenazah. Semua orang cari mak sebab khidmat dia diperlukan hampir setiap masa.

Tapi itu dulu, sekarang dia terlantar sebab uzur..sentiasa terbaring atas tilam sejak tiga tahun lalu,” katanya.

c11f24b9-7faa-4125-906f-646648adf97dTakyah berkata sebagai anak yang bertanggungjawab dia cuba memberikan yang terbaik buat maknya menjalani sisa-sisa hidup namun hasratnya itu terhalang akibat kesempitan hidup.

“Sedih bila tengok mak macam ini, dulu pantang ada kenduri mesti mak kena panggil jadi tetamu jemputan…tetapi tak apalah, dia sudah tua giliran saya jaga dia.

“Ayah saya meninggal sewaktu saya masih kecil dan kami adik beradik, emak besarkan seorang diri, tanpa bantuan sesiapa pun dan itulah yang menguatkan semangat saya menjaganya sebaik mungkin,”katanya sebak.

Takyah berkata mereka tidak terlalu mengharapkan bantuan saudara mara kerana memahami masing-masing mempunyai komitmen sendiri.

Wak Kam juga mempunyai lebih 40 cucu dan cicit.

“Mereka ada datang menziarah dan ada yang gilir-gilir jaga mak. Semua ini sudah cukup buat mak gembira. Tak susah pun jaga emak, cuma angkat dia ke bilik air, mandikan dan betulkan kedudukannya untuk solat setiap hari…berbual dengan dia, itu sahaja. Doktor pun kata dia tiada sakit apa-apa, cuma uzur,” katanya.

Takyah dan ibunya kini menetap di rumah sewa Kampung Sengat dekat Gopeng supaya lebih dekat dengan saudara mara berbanding Kampung Gajah.

Selain dua beranak, turut mendiami rumah itu adalah suami Takyah, Mohd Yusop Trabah berusia 75 tahun dan agak uzur.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa cuma lampin pakai buang dewasa untuk emak pakai, makan minum kami biarpun ala kadar, kami tetap bersyukur sebab tidak pernah kebulur.

“Kami juga ada menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM300 setiap bulan. Adalah baki RM100 setelah bayar sewa rumah ini,”katanya lagi.

Takyah berkata, sebelum ini beliau ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun dihentikan sementara berikutan berpindah dari daerah JKM Hilir Perak ke kawasan Kinta.

Sementara itu, Wak Kam kelihatan ceria dan mampu memahami setiap pertanyaan yang diajukan.

Walaupun tutur katanya agak tersekat namun bahasanya lembut, malah begitu merendah diri dan masih mempunyai daya ingatan yang baik.

“Gelang emas ini (pergelangan tangan) orang beri sebab dia tak ada duit bayar mak cik sambut anak dia. Cincin emas ini pun orang beri, dulu mak cik urut orang sakit tetapi sekarang tak larat,”katanya dalam nada perlahan.

Kehidupan tiga beranak warga emas ini merupakan sebahagian realiti hidup yang wujud di kampung-kampung pada hari ini.

Kecekalan mereka meneruskan kehidupan seharian dalam serba kekurangan dan bersandarkan kepada kekuatan kasih sayang wajar dijadikan teladan.

ea0a617c-37f0-4259-8d9a-9ca5c4c81b3fSuara Perak telah menghubungi pihak JKM Kinta dan mendapati bahawa Wak Kam masih merupakan penerima bantuan namun didaftarkan di Hilir Perak sebelum ini.

Justeru, pegawai JKM Kinta telah pun menyerahkan borang pendaftaran kepada keluarga daif ini dan bakal memulakan prosedur dengan segera setelah penelitian dilaksanakan.

Malah, kisah meruntun hati tiga warga emas yang amat berdikari ini turut dalam perhatian UMNO Bahagian Gopeng yang telah menyusun program bagi melawat dan menghulurkan bantuan dengan sebaiknya