Weh jijiknya perangai owner kedai ni!

Menurut Asia One, seorang pelanggan kedai makan vegetarian terkejut sebab terjumpa ketulan daging cincang dalam hidangan mee yang dipesan.

Mereka kemudian buat laporan tentang insiden tu dekat pihak polis dan selepas serbuan dilakukan, rupa-rupanya ketulan daging tu bukanlah daging lembu tapi daging manusia!

orientaldaily

Sebaik dapat tahu tentang perkara yang menjijikkan tu, pihak polis terus buat pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kedai makan yang terpencil di Bangkok tu.

Semasa pemeriksaan, pihak polis mendapati dinding di bahagian memasak kedai tersebut terdapat percikan darah dan cebisan daging manusia berselerak di atas lantai. Dah macam dalam filem Wrong Turn pulak!

Selepas pemeriksaan menyeluruh, polis berjaya menemukan mayat seorang lelaki berusia 61 tahun yang telah dibuang dalam tangki di sekitar restoran tu.

Mayat yang dah tak sempurna keadaannya tu kemudian dikenal pasti sebagai Prasit Inpathom. Menurut laporan, Prasit tu merupakan regular customer dekat kedai tersebut dan kali terakhir dia dilihat sedang minum arak di situ pada 21 Oktober lalu.

Difahamkan, berlaku pergaduhan antara Prasit dengan bos kedai tu. Dia kemudian dipukul dekat bahagian kepala dengan objek tumpul dan polis mengesahkan ada beberapa kesan luka di badannya akibat diserang dengan pisau.

Siasatan awal mendapati, bos kedai tu cuba nak hapuskan mayat Prasit dengan memasak dan hidangkan daging tu kepada pelanggannya.

Buat masa sekarang, tiada maklumat lanjut tentang insiden mengerikan tu dan polis kena sedang memburu pemilik kedai aka pembunuh tersebut.

Weh kalau pergi Bangkok tu janganlah makan dekat kedai kedai terpencil ke apa. Walaupun harga murah, ingat tau – Lobakmerah.com