IPOH: Keharmonian sosial menjadi aset penting kepada kemakmuran ekonomi sesebuah negara dan tidak wajar dipandang ringan bagi mengelakkan insiden seperti yang berlaku kepada negara jiran serantau.

f684ee7f-91ee-4b2d-b9ba-21cbc726a089Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dengan konflik yang sering berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Mungkin kita berasakan peristiwa yang berlaku di negara jiran tidak relevan dengan situasi di sini memandangkan kita dilimpahi dengan keselamatan dan keamanan.

c3d0548b-7980-422b-912e-7089ef5253a3

“Namun perlu diingatkan bahawa apa yang berlaku menjadi satu peringatan buat komuniti di sini untuk tidak mengambil mudah dengan rapuhnya sesebuah keharmonian,” kata Dr. Zambry.

51bac924-3a5a-4305-bb2d-1d5875a38c0d

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-110 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini, malam tadi.

b0813490-1dd6-447b-b6e9-1ef7c70ac967Majlis makan malam itu yang bertemakan kehidupan pada zaman silam 1907 turut dihadiri oleh Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usahasama dengan PCCCI bagi membangunkan ekonomi di negeri ini.

Ujarnya, adalah menjadi harapan beliau untuk melihat Perak menjadi peneraju dan contoh kepada negara, malah melangkaui dunia.