Oleh:Nazialita Geynna Maharan
IPOH: Tidak sampai sebulan insiden sepasang warga emas terperangkap dalam lift, kejadian yang sama berulang apabila 10 orang pula terpaksa berdepan dengan detik cemas terperangkap dalam lif pasaraya  yang sama.
Kes terbaru, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (Meru Raya) berkata pihaknya menerima panggilan mengenai mangsa terperangkap dalam lif sekitar 2.46 dan dan bergegas ke tempat kejadian.
“Mangsa terdiri daripada enam perempuan dan empat lelaki dan kesemua mangsa dapat dikeluarkan sebaik sahaja pihak penyelenggaraan tiba ke lokasi.
“Mereka terperangkap sekitar 15 minit dan mujur semua mereka selamat,” katanya.
Jelasnya, operasi mengeluarkan mangsa dari lif yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Zaibidi Sehibi itu tamat sekitar 3.02 petang.
Pada 2 Julai lepas, sepasang suami isteri warga emas dilaporkan terperangkap di dalam lif pasaraya berkenaan mengalami trauma akibat terperangkap dalam lif berkenaan lebih daripada 24 jam.