BATU GAJAH: Lazimnya, sambutan Maal Hijrah dipenuhi dengan aktiviti keagamaan dan perhimpunan untuk mengumumkan tokoh-tokoh dan penerima anugerah tertentu.

Program itu yang diadakan selepas solat Subuh dan sarapan bersama masyarakat setempat adalah sebahagian daripada permukiman beliau di Zon Batu Gajah dalam Parlimen Gopeng.

IMG-20170922-WA0019

Selain bertanya khabar dan masalah yang dihadapi pesakit, Hamzah turut menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai, untuk meringankan beban kewangan mereka.

Hamzah berkata, sepatutnya perkara-perkara seumpama itu diadakan lebih banyak, bukan hanya menuding jari, menyalahkan orang lain apabila timbul masalah rakyat.

“Dengan penuh keinsafan, kita cuba berusaha untuk menangani masalah tersebut dan menjalankan amanah yang telah Allah letakkan di bahu kita masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat pesakit terlantar di sekitar Batu Gajah pada Jumaat.

Selain menziarahi pesakit terlantar, program permukiman Ahli Dewan Negara itu yang diadakan sehingga Ahad, turut membantu membaik pulih rumah, kenduri kampung dan ceramah agama oleh penceramah terkenal Datuk Kazim Elias.

IMG-20170922-WA0016

Seorang pesakit yang dilawati, Normah Abdullah, 61, dari Kampung Seri Indah, berkata, dia terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun bil bulanan saya lebih RM3,000, alhamdulillah dengan bantuan kerajaan, saya tidak perlu membayar kerana suami adalah bekas tentera,” katanya ketika ditemui.

IMG-20170922-WA0020 IMG-20170922-WA0018

Bagi Arshad Kulop Kasim, 86, bantuan Hamzah dapat meringankan beban kewangan untuk membeli lampin pakai buang isterinya, Som Ishmail, 84, yang patah tulang pinggul selepas terjatuh di rumahnya kira-kira setahun lalu.

Hamzah turut meluangkan masa melawat bekas kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kamaruzaman Zaidi, 44, yang mengidap kanser sejak kira-kira dua tahun lalu.

IMG-20170922-WA0017