PAGOH: Satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah kontena dan sebuah lori tangki berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer (km) 142.4 Utara, laluan dari Pagoh ke Bukit Gambir sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Sumber bomba memaklumkan, setakat ini dua penumpang bas ekspres selain pemandunya dikhuatiri maut manakala jumlah yang cedera belum dapat dipastikan kerana pihak bomba masih menjalankan kerja menyelamat.

Trafik dilaporkan sesak sejauh empat km arah utara dan 500 meter ke arah selatanĀ  – berita harian

1/2