GOPENG: Seorang lagi maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah treler di Kilometer 294.8 Lebuhraya Plus arah Utara berhampiran susur keluar Gopeng pada awal pagi Rabu.

Sebelum ini, kawasan dan kilometer sama turut mengorbankan dua nyawa dan tiga parah apabila kenderaan pacuan empat roda mereka bertembung dengan sebuah lori treler pada September tahun lepas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zambri Abdul Wahab berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8.13 berhubung insiden berkenaan.

“Sebaiknya tiba kami mendapati dua buah treler telah bertembung secara berhadapan dan mengakibatkan seorang mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

” Kami mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mangsa dan perjalanan lebuhraya agak terhad,”katanya lagi.