BAGAN SERAI – Lebih 3,000 warga Bagan Serai membanjiri Dataran Gerbang Malam di sini pada Selasa malam sempena Majlis Kembara Hijrah / Tausiyah Bersama Maulana Wan Helmi dan Artis Jemputan.

Antara artis yang hadir ialah Dr SAM, Mel (Wings), Ali (XPDC / TERA ROSA) dan Ijam (Medicine).

Program anjuran bersama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan beberapa agensi tempatan diadakan sempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar di Daerah Kerian.

Program bermula kira-kira jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian.

Hadir sama ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad.

Majlis itu diselang-selikan dengan tazkirah pendek dan nyanyian lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu tetapi diubah lirik oleh artis-artis jemputan.