TUMPAT: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, menyifatkan hari pengundian diibaratkan seperti Aidilfitri dan kemeriahan itu dirasakan sejak dua hari lalu.

Beliau hadir membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut pada jam 8.25 pagi tadi.

Ahmad berkata, ramai perantau pulang untuk mengundi sejak dua hari lalu dan keadaan itu jelas terlihat di beberapa lokasi sekitar negeri ini termasuk di kompleks membeli belah.

Beliau yang juga calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan menganggarkan kira-kira 300,000 hingga 400,000 pengundi yang menetap di luar Kelantan pulang ke negeri ini untuk mengundi.

“Kita lihat ada satu kesedaran terhadap pengundi (yang pulang) untuk memilih calon yang mereka inginkan.

“Berlaku kesesakan di mana saja dan suasana ini meriah seperti Aidilfitri,” katanya selepas proses membuang undi.

Ahmad juga menasihati supaya pengundi yang hadir ke pusat mengundi supaya mematuhi peraturan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melancarkan proses pilihan raya – berita harian

BERITA BERKENAANPusat Mengundi SK Slim River Kecoh