PADANG RENGAS: Ahli Majlis Tertinggu UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menempelak kenyataan Mahathir yang mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan sukar melepaskan jawatannya apabila Pakatan memenangi PRU14 nanti.

Menurutnya, kenyataan itu hanyalah seperti mengimbas kembali tindakannya menggunakan pelbagai cara untuk meyakinkan ahli Umno membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, tindakan Mahathir itu jelas menunjukkan bahawa segala perbuatan berdolak-daliknya kepada beberapa pemimpin semasa era pemerintahannya umpama memakan diri sendiri pada hari ini.

“Dia nostalgia sebab waktu dia jadi PM, bila Anwar nak lawan dia, dia tak bagi. Dia buat cerita macam-macam supaya Anwar tidak disukai tapi dia tak boleh yakinkan ahli Umno untuk benci Anwar, dia buang Anwar.

“Bagi BN, kita dah tengok, kita kalah di negeri mana pun kita bagi. Kelantan kita bagi, Selangor kita kalah, tiada masalah pun. Jadi kita nak beritahu Mahathir, semua dia cakap itu nostalgia pada dia.

“Itu semua nostalgia. Itulah imbasan semula, tentang apa dia buat terhadap Anwar dulu tu kan. Tidak mengapalah, teruskanlah bernostalgia,” ujarnya.

BERITA BERKENAANKeputusan Penuh Dijangka Jam 10 Malam