POPIA merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira dan terdapat juga popia mini.

IMG-20170326-WA0100

Ia dikatakan berasal daripada wilayah Fujian, China dan kini popular di Malaysia, Singapura, Thailand dan Taiwan.

Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal.

Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia boleh dibeli pasaraya.

Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng.

Lemak Manis Popia Nestum

Selepas sekian lama, popia telah dipelbagaikan, khususnya kulit popia yang dibuat makanan kegemaran generasi moden, antaranya popia nestum.

 

Kerangupan kulit popia ditambah pula dengan lemak manis nestum semestinya membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk menolak resipi baharu ini.

Menyedari permintaan popia nestum yang kian meningkat, membuatkan Siti Roahaya Mohd Nazir, 24, dari Simpang Pulai untuk lebih serius memenuhi kehendak pelanggan.

Belajar Daripada Rakan Dan Online

Menurut Siti Roahaya atau lebih mesra dengan panggilan Siti, dia menjalankan perniagaan ini bersama ibunya, Shabariah Husain, 51, di waktu lapang kerana kedua-duanya bekerja.

 

IMG-20170326-WA0094

“Sebenarnya umi saya yang terfikir untuk membuat popia nestum sekaligus boleh dapat pendapatan sampingan, dalam masa yang sama saya pun belajar resipi daripada umi, kawan-kawan dan internet.

“Setiap kali hasilkan popia nestum, kami akan memperbaiki kualitinya supaya rasa yang pelanggan dapat tetap sama. Kami tahu ia memang digemari dari budak kecil hinggalah dewasa,” jelas Siti yang aktif mempromosikan kudapan itu di media sosial.

Proses Penghasilan Popia Nestum

Jelas Siti, proses menghasilkan kudapan itu tidak begitu rumit dan hanya perlu memastikan kulit popia dijaga dengan teliti untuk mengelakkannya hangus.

IMG-20170326-WA0086

Bagi penyediaan nestum pula, ia akan dikisar sehingga hancur sebelum ditambah susu tepung dan gula untuk menambahkan rasa lemak pada popia tersebut.

“Kulit popia perlu dijaga dengan betul supaya tidak digoreng terlalu lama dan diangkat terlalu cepat, kita mahukan tekstur yang cantik dan rasa rangup.

“Mula-mula gulung kulit popia dan letakkan kuning telur kemudian gunting menyerong dan goreng sampai rangup. Apabila kulit popia mulai sejuk baru campurkan dengan nestum yang sudah dikisar dan ditambah dengan susu tepung serta gula,” katanya.

Cuba Perisa Baharu

Selepas berjaya dengan popia nestum, Siti bercadang untuk membuat popia milo pula, mengikut permintaan dan tempahan pelanggan.

IMG-20170326-WA0110

“Saya sendiri sudah mencuba perisa milo dan rasanya memang sedap,” ujarnya yang mempunyai pekerjaan tetap sebagai penyelia di sebuah pasar raya.

Untuk peringkat permulaan jualan popia nestum ini dijalankan menerusi online dan Cash On Delivery (COD) di sekitar Ipoh, Kampar, Seksyen 18 dan Simpang Pulai.

Kepada yang berminat dan mahu mendapatkan popia nestum ini boleh hubungi 010-2591613, Instagram (Sitiroahaya) dan Facebook (siti roahaya).