KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU ke-14, menurut Bernama.

Ini bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan Parlimen yang terletak di Sabah itu.

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan Anifah, bekas menteri luar, sebagai tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng CHeong berkata keputusan itu setelah pemeriksaan semula ke atas peti undi mendapati ada unsur manipulasi, termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah.

Pada PRU ke-14, Anifah menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru selepas memperoleh 11,942 undi, mengalahkan Karim Bujang (Warisan dan Jaafar Ismail (Harapan Rakyat) yang masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi