KUALA LUMPUR: Berikut adalah antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat pertama Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya hari ini.

– Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion

– Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta

– Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu

– Mengkaji semula beberapa projek mega

– Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

– Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik

– Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan

– Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini

– Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON

– berita harian