IPOH: Secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan sekolah-sekolah di negeri Perak menduduki tangga kelima di seluruh negara.
Pengarah Pendidikan Negeri, Mat Lazim Idris berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah untuk meningkatkan lagi keputusan itu dari semasa ke semasa.
Menurut beliau, usaha jabatan sentiasa mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pelbagai pihak di negeri ini, khususnya kerajaan negeri sendiri.
IMG-20171006-WA0003
“Kita akan terus mengambil langkah untuk meningkatkan lagi pencapaian keputusan peperiksaan sekolah-sekolah di negeri ini,” katanya ketika berucap di majlis bacaan Yassin dan solat hajat perdana sempena peperiksaan PT3, SPM, STPM dan STAM di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
Datuk Dr Mohamad Amin.
Untuk makluman peperiksaan PT3 akan diadakan mulai minggu hadapan manakal SPM, STPM dan STAM pula bulan hadapan.
Sementara itu, Dr Zambry di dalam ucapannya berharap calon-calon peperiksaan terus berusaha, berdoa, berazam dan bertawakal.
“Tidak ada yang mustahil, semoga anak-anak akan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang sesuai dengan sasaran Perak Excelent,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan mereka supaya jangan terlalu tertekan dengan peperiksaan yang bakal dilalui sehingga boleh menjejaskan kesihatan.