PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis depan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Menurut kenyataan itu, bagi calon persendirian pula, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888 yang mana perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, Khamis ini dan ditamatkan pada jam 6 petang 22 Mac ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara.

-BeritaHarian