IPOH: Kerabat diraja dan orang kenamaan tiba di Istana Ar-Ridzuan di sini pagi ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhumah Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang mangkat petang semalam.
Terdahulu ribuan orang ramai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama turut mengambil peluang memberikan penghormatan terakhir.
IMG-20171004-WA0001
 Antara kerabat diraja yang paling awal tiba ialah Sultan Kedah, Tuanku Salehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff yang tiba jam 11.43 pagi.
IMG-20171004-WA0002
Ia disusuli ketibaan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diikuti Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.
IMG-20171004-WA0003
Turut memberikan penghormatan, Tunku Temenggung Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
image1
Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan Tan Sri Ramli Ngah Talib, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan turut datang memberikan penghormatan terakhir.
Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.