SHAH ALAM: Seorang lagi mangsa keracunan alkohol malam Isnin lalu maut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang mati akibat insiden itu seramai 20 orang di Selangor sehingga jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata, jumlah keseluruhan mangsa masih kekal seramai 56 orang.

“Seramai 20 orang yang meninggal itu membabitkan dua orang tempatan, lima dari Nepal, sembilan dari Myanmar, seorang dari India, dua dari Bangladesh dan seorang lagi yang meninggal tiada maklumat.

“Selain 20 orang yang meninggal, 16 orang masih mendapatkan rawatan manakala 20 mangsa sudah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan.

NSTP sebelum ini melaporkan, dalam kejadian bermula sekitar jam 7 malam Isnin lalu, kesemua mangsa mengalami muntah teruk selepas disyaki mengambil arak daripada tiga jenama iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey – berita harian