IPOH: Kerajaan diminta merealisasikan impian penduduk sekitar Pengkalan Hulu untuk mewujudkan sebuah dewan bersalin dan pusat dialisis di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu.

Aznel Ibrahim (BN-Pengkalan Hulu) berkata, ketiadaan dewan bersalin telah menyebabkan penduduk Pengkalan Hulu mendapatkan perkhidmatan itu di Hospital Baling dan terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Petani yang akan mengambil masa lebih satu jam perjalanan.

Beliau memberitahu, penduduk Pengkalan Hulu hanya akan melahirkan anak secara normal di Hospital Baling dan terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Petani sekiranya tersebut terpaksa melakukan pembedahan.

“Hal ini secara langsung, bayi yang baru dilahirkan akan didaftarkan di bawah pendaftaran negeri Kedah manakala pesakit pesakit buah pinggang pula terpaksa mendapatkan khidmat dialisis di Hospital Gerik, Hospital Baling dan Sungai Petani sehingga membebankan mereka,” katanya semasa membahaskan titah Sultan Perak sempena Sidang DUN Perak pada Rabu.