Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Kerajaan negeri menghargai komitmen berterusan Persatuan Perniagaan India Perak (PICC) yang telah banyak membantu penyatuan kaum India di negeri ini menerusi pelbagai aktiviti.

zambryMenteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara tersebut menjadi begitu mudah apatah lagi dengan teraju kepimpinan Barisan Nasional yang memikirkan mengenai kesejahteraan semua kaum.

Menurut beliau, banyak pembangunan dan kejayaan yang dikecapi oleh PICC sepanjang 80 tahun penubuhannya untuk memperkasakan kaum India.

“Sehingga hari ini, kita dapat lihat sendiri Perak telah mencapai kejayaan dan pembangunan yang pelbagai di bawah Barisan Nasional dan ia meliputi semua kaum dan PCCI adalah salah satu yang membantu menguruskannya dengan begitu lama, 80 tahun.

430f2b3c-2e5e-4864-b028-76642f63d67c

“Justeru, kami di kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan cukup berharap agar PICC terus bergandung bahu bersama BN agar lebih banyak program yang bermanfaat dapat dibawa kepada komuniti, sekaligus meningkatkan ekonomi pelancongan di Perak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Penutupan Indian Cultural Arts Festival dan Expo serta Ulang Tahun ke-80 di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Presiden PCCI, M Kesavan berkata, sepanjang penubuhannya PCCI telah menganjurkan pelbagai majlis dan program khusus bagi kaum India dengan bantuan Dr Zambry sendiri dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

fccc787b-2d86-44ef-bf20-4e3b5707c192

“Majlis ini adalah penutup bagi ulang tahun ke-80 PICC yang telah berlangsung pada 18 – 20 Ogos 2017, dan ini adalah tanda terima kasih kami kepada kerajaan negeri, dan juga semua pihak yang membantu menjayakan majlis tersebut.

“Istimewanya, ini adalah program yang julung kali diadakan di Perak iaitu selama 3 hari di kawasan Little India dengan bantuan semua jabatan kerajaan negeri Perak, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Dr Zambry dan semua jabatan yang membantu,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K Devamany, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Speaker Dewan Negeri, S Thangeswary