IPOH: Wakil rakyat pembangkang hari ini menggesa kerajaan negeri untuk membentangkan senarai barangan yang diserap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepanjang tempoh perlaksanaannya.

Wong Kah Woh (DAP-Canning) berkata, kesemua senarai barangan itu perlu disenaraikan dalam menentukan samada ianya mendatangkan faedah ataupun sebaliknya kepada rakyat.

“Bila saya tanya kepada exco berkenaan, Datuk Samsudin Abu Hassan tidak dapat menjawab dan ini sekaligus membuktikan misi kerajaan negeri unttuk menyerap GST beberapa item adalah tidak benar, tidak pernah direalisasikan selama ini.

“Malah, kami kecewa kerana kerajaan negeri gagal menyatakan bahawa GST ini sebenarnya telah menyebabkan kos sara hidup rakyat di negeri ini meningkat,”katanya dalam sidang media di Bilik Media sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Sidang DUN ke-13 pada Isnin.

Jelasnya, kerajaan menjangkakan pendapatan negara akan meningkat sehingga ke RM40 million denga perlaksanaan GST berbanding dengan RM18 million sebelum ini dengan cukai SST.

“Dari mana mereka mendapatkan RM22 million selebihnya, bukankah ini merupakan duit rakyat, mereka mengikis duit kita dan sekaligus kerajaan negeri Perak mengakui mereka telah membebankan rakyat?,”katanya lagi.